cerita tentang aku dan kutukan aku terhadap manusie zaman sekarang yang xpandai nak sedapkan hati orang dan cerita aku tentang kisah cinta lama aku serta luahan hati aku .. ayat ayat kat sini boleh copy n paste aku benarkan,aku ade selit gak ayat ayat jiwang aku,,hahahah

Jumaat, 14 Oktober 2011

air mata tidak akan kekal...


Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.
Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?
Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

selamat jalan juliet.....


Cinta...
Ungkapan yang nampak cantik dan indah,
Madah yang diungkapkan tatkala hati bersulam suka dan sayang,
Rijal dan nisa' berebut-rebut untuk mendapatkan cinta,
Yang kadang-kadang tak pasti akibatnya.
Aku benci cinta...
Kerana cinta aku lalai, kerana cinta aku leka,
Kerana cinta aku alpa dengan dunia,
Kerana cinta aku semakin jauh dengan Tuhan yang menciptakanku,
Kerana cinta aku hampir ke alam perzinaan,
Kerana cinta juga aku hampir tersungkur menyembah bumi,
Kerana cinta aku lupa Akhirat.
Cinta...
Kau sangat merbahaya,
Membawa ke alam kemaksiatan,
Dunia yang penuh noda dan dosa.
Kini aku menyesal,
Cinta yang ku cari selama ini ibarat bunga,
Yang akhirnya akan layu dan jatuh ke tanah jua,
Hanya cinta kepada Allah itu yang abadi selamanya.
Cinta...
Selamat tinggal sebelum membina Baitul Muslim,
Selamat datang selepas membina rumahtangga,
Selamat tinggal cinta yang penuh noda,
Selamat tinggal...

hujung hati...nama mu...


Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..
Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...
Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..
Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..

Selasa, 11 Oktober 2011

takut

hari ini selasa 11/10/11

esok,lusa,dan tulat,aku akan ada satu program orentasi kat kolej,,,selalunye aku akan di orentasikan,tai kali ini aku akan mengorentasikan student2 baru,aku nie pemalu bile cakap depan orang ramai,aku tak tau camne nak wat nie...tapi dengan ade peluang nieh aku try untuk jadi sorang peminpin yang beribawa...cuba untuk mendisplinkan diri aku sendiri,,,takut tapi seronok,,harap aku dapat lakukan dengan baik...harap harap...

Khamis, 29 September 2011

hanya dia

30/09/2011~~~

1st tyme ak kenal dia,memang indah,seronok sgt,,
mase tuh dah mule bunge2 cinte dah,,ucapan rindu,bersayang sayang ade r gak...
aku nak usha dye smpy jadi awek aku,tapi ak xnak pakse dalam cinte,
bahgia sangat mase tu dah macam ape dah aku pun xtaw hahaahaha...
tapi skarang smuanya dah tingal kanangan bila dia dah menjauh dari aku,
punca,sebab,aku sendiri pun tak taw,,tiba tiba je dia tingalkan aku,
sampay sekarang msg,call lansng xnak layan dah,,,cube bagi tau ape sebabnye,,
adoiii,,,plizz..

Isnin, 12 September 2011

pelangi indah

13/9/2011

si dia dah kembali,aku seronok sangat,rase seperti pelangi yang hilang dulu telah kembali tampa henti,muncul dan tidak pergi,namun,aku masih bergini,menunggu pelangi ku dengan sabar ibarat satu pohon tua bediri teguh di atas bumi sehingga akhir hayatnya tampa berganjak walaupun seinci sehingga musim bergangi musim,aku masih disini menunggumu,aku terlalu meinginkanmu berAda di sisi ku,berilah aku peluang untuk hati mu itu,,,tolong lah,,aku terlalu memerlukanmu...

Isnin, 27 Jun 2011

kau

Kali pertama kumenatapi wajahmu
Kau mencuri hatiku sayang
Dua jiwa jadi satu (jiwa jadi satu)

Ku bagaikan puteri di alam fantasi
Kini kau hadir seakan ku masih bermimpi
Ketika kita bercinta belum pernah ku merasa
Suatu yang sungguh indah

Oh inikah cinta

Ku tak pernah percaya
Sesuatu yang bernama cinta
Tapi saat kita bertemu
Membuatku yakin padamu
Tiada siapa yang dapat mengerti
Hanyalah diriku sendiri
Seakan dunia milik kita

luahan hati

Pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih.....

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih....

Rabu, 22 Jun 2011

cinta lalu

awak,saya di sisni ingin memohon supaya awak kembali pada saya,
walaupun kita sebenarnya hanyalah kawan,namun saya sebanarnya mencintai awk
namun saya xterdaya untuk mencuri hati awak kerana awk telah pun berpunya,saya 
hanyalah insan biasa yang tidak mampu untuk mencuri hati mana mana wanita dalam sekalip mata

ketulusan hati saya tidak dapat awak rasakan kerana awak telah pergi sewaktu saya ingin mencurahkan segala yang terbuku di hati ini
saya terlalu menyayangi awak 
namun hati awak telah di rampas si dia,
di manakah silap saya
di manakah saya ketika awak pergi kepada si dia
awak datang seperti pelangi
tapi 
awak pergi seperti kemarau
terlalu menyiksakan dan memeritkan
awak,
dengarkanlah rintihan jiwa ini yang menjerit memangil nama mu
bertapa sayunya hati ini bila awak pergi dari hidup ini
kebahgiaan yang lalu hilang tanpa berita
kesakitan hati ini hanya saya yang tahu,

sesunguhnya awak sudi membaca rintihan hati ini
saya harap awak kembali pada saya
kita kenal seperti dahulu
saya terlalu menyayangi awak
saya berdoa supaya takdir 
menyebelahi kita,
saya bagaikan pungguk merindukan bulan
menungu sesuatu yang tidak pasti akan terjadi
sampai bila awak nak saya terus bergini
sampai bila awak nak memyiksa saya bergini
cintailah saya sementara saya masih ada,,,
 

Selasa, 21 Jun 2011

si dia

awak saya sayang awak,tapi kenapa saya lemah,lemah untuk menjaga awak,sampai saya sangup membenarkan awak pergi bersama dengan lelaki lain,kenapa awak,,saya cinta awak,saya sangup lakukan apa saja demi awak,kenapa awak pergi pada si dia,,saya berlembut dengan awak supaya awak xterasa seperti saya menekan awak,tapi saya salah,tindakan saya menyebabkan awak awak berubah hati,saya perlukan awak,seandainya awak membaca blog nie saya nak awak tahu yang saya tetap sayang awak sampai hujung nyawa,,awak saya rindu kebahgiaan kita,,awak pergi tampa syarat,,awak datang bagai pelangi indah tak terkata,pergi bagai kemarau buruk dan menyeksakan,,,saya cinta awak..

tentang die

aku kenal sorang awek nie,lawa,memang taste aku la kan,tapi aku xberani nak ckap kat die yg aku suke kat die,aku xtaw knape,,,
aku harap aku xterlapas untuk mencuri hati die,sebab aku dah bnyak kali lepaskan pmpuan yg aku suke,aku xtaw knape aku mesti terlalu lembut dalam mencuri hati wanita
terlalu baik dalam segala hal,sampai aku bagi dia wat pilihan,sedangkan aku dah taw dia nak aku,kenape la aku baik sangat,,aku sumpah la kan law aku dapat die aku xkan carik lain,tapi aku bodoh sebab aku bagi die kat orang lain,,aku lemah tol la bab pmpuan nie,,,lembab tol la aku nie,,adoi,,aku sayang die,,kanepe aku camnie,,emm,,memang xade jodoh kot,,emm,,xpe la kan,,aku redho..aku ade lain skunk nie,wlpun xcantik mane tapi ketulusan hatinya yang aku pinta,,,,aku cinta dieee,,,

Isnin, 13 Jun 2011

ThE MiNeS

Semalam 13/06/11
akug jalan kat mines,tempat aku lepak selalu dengan kawan2 aku..
semalam ingat nak bagi ikan makan,punye la semangat aku beli roti sampay 2 bungkus..
huh!!sampay kat sungai 2 kan air keruh lakk..geram x sangat la kann,tapi agak kecewa la sbub da membazir wet bli roti yang aku sendiri xtaw nak buat ape..
aku nekad j baling roty tu kat dalam sungai tu,,nasib baik la ade ikan yang naik,
tapi ikan keli jee,,hampee la gak kann,,tapi xpe la aku terima jewww..
lpas kehampaah tuu aku membawa diri pegi ke pangung wayang,,aku xtnaw nak ngok cite pe..
oleh kerana kawan kawan aku nak ngok cite kl ganster aku layan j walaupun aku da tengok  cite tu minggu lpas..kerana kecewa punye pasal aku layan jeee..
lpas tu aku n the gang pun layan la cite tu,aku yang da hafal dialog cite tu dengan selumbe j aku cite kat kawan2 aku dalam pangung wayang tuu,,hahaha...
lpS tengok wayang aku dengan kawan kawan lpak kat sungai tempat bagi makan ikan tu.
aku nampak sorg awek ni lawa cun mmg sopann je..gune tudung,,
tapiiiii tibe2 j dye kluakan smthng dri handbag dye,,
hah!!
harap korang paham la ye dye kluakan pe sbub bnde tu adde asap...
aku kecewa dengan anak remaja zaman skrang nie,,,
jangan nak rosakan nama agama kitaaa,,law nak smoking pun g la tempat yang sesuai,
pakayan pun kne la sesuai,,
lpas tu aku da menyampah da aku naik la atas,sedang aku mendaki tanga kat mines tu kann aku nampak awek lagi la cantik ayu jee,ibarat wanita melayu terakhir,tibe tibe dye tego aku,,hah!!lagy la aku pelik,,dalam haty,ade ke aku kawan lawa camniee,,hahaha..
waw!!!
aq nie pmalu sikit,aq pun tanye la,ye awak,awak knal saye k??awek tu dengan muke yang selumbeer j jawab,awak,awak nie kenape sakit ke,,demam ke,awek sendiri pun awak da x kenalll....!!!hahahahaha...adoiii...aku leh lupe muke awek aq laaa,,hahaha,,dasyat tol,aku nie,,hahahaha...

Jumaat, 10 Jun 2011

10/06/11

KERJE hari nie aku nak pegi keje,tungu boss amek aq mmg lambat gile babeng,sampay aq sempat layan blog,leh usha awek kat facebook lagy..hahah..semangat gile aku nak pegi keje sbub aku nak beli nikon d80,aku nak beli gak,,saving gile gile punye la,mesti dapat punye la,aq dah tapis da keperluan yang xberape penting macam bli fon baru,bju,slua,kasut,n pegy enjoy dengan kawan2,sampay dalam list aku yang paling penting aku nak beli arai pun aku da cancel semata mata demi nak beli nikon d80 nie,,,kalau aku da cancel semue tu p xdapat gak pe yg aku nak mmg dah xade nasib la kannn..p aq da mmg niat nak beli gakk,,xkiree..xkelua dengan kawan kawan xlepak dengan gadis gadis punn aku xkesaa lah sebub aku nak nikon d80..xkire..
aku mohon la kan law ade sape2 yang terbace blog nie tolong la aku carik lobang yang murah sikit,,hahaha..penting nie...ok aku cite lain kaly la ye,,
dada,,,

Khamis, 9 Jun 2011

THe MiNeS

CERITA nie sambungan cerita aq sal SELIPA JEPON kat mines tu,,hahha...lepas aku tengok budak yang kesian tu kan aku lepak la kat depan pintu msuk THE MINES aku dengan kawan kawan aku mmg kuat mengumpat hahaha,,xtaw la kan kenapee,,hari tu bnyk sangat xkene dengan gelagat manusie yang baru nak belaja dress up hahah,,ade yang kulit itam gelap macam negro lepas tu gune selua wane ijau,cutting gile2,ade yg gune bju kmeja slua jeans p pakai cap,law cap mahal xpe la nie cap pasa malam,brand ntah pape ntah dah r tu muke macam good good je..tengah dok mengumat orang nie aq nampak sorang awek nie,perhhh memang lawa,putih gilee,muke comell mmg taste aq r senang ckap kan,dalam haty nak usha j awek nie,p tetibe j satu lembage gemok itam pendek datang kat awek tu,awek tu terus j pegang tangan lembage itam gemok pendek tadi then g masuk dalam,,,alamak...awek tuu buteee ke??or lembage itam gemok pendek tu ade gune gune,,aku bertambah heran,,dunie semangkin rumit,,,aku yang x sehodoh lelaki td tu pun xade pmpaun la,,cmne lki tu leh dpat awek cunn cam tuu...adoiii

ThE MiNeS

khamis
09/06/11
aku dengan kawan kawan pegi the mines,bukn sekali due aku n kawan kawan lpak sne..stiap minggu msty ade r 2 3 kly aq lpak sne..tapi semalam la 1st tyme aku nampak kejadian yang paling aku xpernah nak terpikir akan melihatnye,mse tu lpak kat lua dekat dengan tasik tempat bot lalu.mse tu kiteorang tenga bagi makan ikan kat situ,dengan x sengaje aku dok la usha awek2 kat situ,tibe tibe aku nampak sorang budak nie,dress up mmg smart,baju ck,slua replay,cap ax,p bile ngok bwah slipa jepon,potong gilee,tengah aku dok usha usha budak 2 kan,tibe tibe j selipa jepon dye jatuh dalam tasik 2,aku da mule nak tergelak da,budak 2 dah gelabah gile da mse 2,dye kuis kuis selipa dye gune kaky,dah nak dapat da mse 2,tibe2 ade bot da nak sampy,dye lagy gelabah,p mse 2 kat tempat dye 2 xade orang lagy,so xade yg perasan la kesengalan dye 2,tengah dye dok nak amek selipa dye 2,ade satu geng aweks2 datang,dye pun cepat cepat la cover macho,dye wat xtaw j dengan selipa dye tu,dye g sorokan kaki dye dalam air thn dye g bakar rokok,isap rokok sbatang tenangkan fikiran kot...hahahah..xlame lpas 2 bot yang lalu tadi dah wat selipa dye jauh kat tasik sane,aku tengok budak 2 da semagkin gelabah,dye x abis2 call kawan dye,mybe souh anta selipa kott..hahah..15menet lepas 2 selipa dye datang balik,aku macam xpercaye j selipa dye datang balik,betul2 dekat depan mate dye tapi malangnye mase tu awek2 n orang ramai da dok bagi mkan ikan kat situ,mmg full la kan,,dye pun myb segan gile nak amek selipa dye 2,so dye wat xtaw j la kann..selipa 2 lak aq ngok macam xnak pegi mane2 dok diam j kat depan dyee sepertinya menganjing beliau..hahhaah..aku kesian gak ngok budak 2 p aq nak tlong pun xleh la nty lagy bengang budak 2,,hahaha....